Wednesday, 29 October 2014
GIMRAMA DALAM PdP
DEFINISI PERGERAKAN
Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea , perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik , pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.
DEFINISI MUZIK
Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.
KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
BERGERAK MENGIKUT MUZIK
Umur Perkembangan
Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula:
bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan.
4- 8 bulan Kesedaran muzik menjadi lebih aktif:
bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah kearah sumber muzik.
10-18 bulan Kecenderungan terhadap ekspresi muzik:
bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.
18 bulan – 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat:
bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Dia mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik.
2 - 3 tahun Mula menari:
kanak-kanak bertatih berupaya untuk ‘menari’ mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Dia menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang dia boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.
3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat:
pada tahap ini, berubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat. (muzik amat penting baginya untuk mengekspresikan dan mengkomunikasikan idea dan emosi untuk mengembangkan kemahiran bahasa.
4 – 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik:
anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap ‘pendengaran aktif’. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat.
5 – 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula:
meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Dia mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat, melompat dengan satu kaki, dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Dia juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment