Wednesday, 29 October 2014

DEFINISI & SEJARAH





Gimnastik 
adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan, dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan.


Sejarah

Sukan ini dimajukan daripada amalan kesihatan dan kecantikan yang digunakan oleh Yunani, termasuklah kemahiran menunggang dan turun dari kuda serta skil prestasi sarkas. Di masa lampau, latihan yang dilakukan di dalam konteks satugimnasium, satu tempat bagi pendidikan intelektual dan fizikal.
Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk.

Gimnastik artistik


Gimnastik artistik adalah biasanya terbahagi kepada gimnastik lelaki dan wanita. Setiap kumpulan melakukan acara berlainan; lelaki bersaing dalam melombol, palang sejajar, kekuda berpelana, gelang roman, palang tunggal, dan senaman lantai, manakala wanita bersaing dengan melombol, palang bertingkat, batang titian, dan senaman lantai. Walaupun rutin-rutin dipersembahkan pada acara mungkin pendek, secara fizikal adalah meletihkan dan menolak kekuatan gimnas, kebolehlenturan, ketahanan dan kesedaran kepada had.



No comments:

Post a Comment